Kalau awak ambil cuti 2 minggu sekarang, bisnes awak okay tak?

Jujur.

Kebanyakan usahawan mikro yang saya jumpa akan gelak kecil bila dengar soalan ni. Gelak yang pahit. Sebab jawapannya sama je,

“Tak boleh lah. Nanti semua tunggu saya balik.”

Dan saya nak awak tahu satu perkara dulu sebelum kita pergi jauh.

Ini bukan masalah awak malas. Ini bukan masalah awak tak cukup usaha.

Awak mungkin salah seorang usahawan yang paling kuat bekerja dalam kalangan orang yang awak kenal.

Masalahnya bukan pada usaha. Sebaliknya, masalah sebenar terletak pada cara bisnes awak dibina.

Dan saya akan terangkan kenapa dan apa yang sebenarnya perlu berubah.


Pertama, faham dulu kenapa ramai bisnes mikro tidak pernah naik.

Ada satu corak yang saya nampak berulang-ulang dalam bisnes mikro.

Owner biasanya mengurus marketing sendiri. Sales pula masih bergantung kepada owner. Dalam banyak kes, customer juga berurusan terus dengan owner.

Dan hasilnya? Revenue naik sikit, turun balik. Naik sikit, turun balik.

Bukan sebab produk tak bagus. Bukan sebab market tak ada.

Tapi sebab bisnes tersebut beroperasi dalam satu mod yang ada siling yang sangat rendah.

Para pakar panggil mod ini owner-driven business.

Maksudnya bisnes hanya bergerak apabila owner bergerak. Bisnes hanya berfungsi apabila owner berfungsi.

Dan bila owner penat, sakit, sibuk, atau sekadar ambil rehat, bisnes perlahan. Kadang-kadang berhenti terus.

Ini bukan bisnes. Ini pekerjaan yang awak sendiri yang bagi kepada diri awak.

Bezanya dengan pekerjaan biasa? Awak tak dapat EPF.


Kedua, faham perbezaan antara bisnes yang stabil dengan bisnes yang struggle.

Saya nak awak bayangkan dua usahawan. Panggil mereka Amir dan Razif.

Amir dan Razif dua-dua ada bisnes dalam industri yang sama. Revenue lebih kurang sama. Dua-dua bekerja kuat.

Tapi hidup mereka sangat berbeza.

Amir bangun setiap pagi dengan WhatsApp penuh. Customer tanya, staff tanya, supplier tanya , semua tunggu dia. Dia yang follow up, dia yang close sales, dia yang approve setiap keputusan. Bila dia demam tiga hari, bisnes rasa macam beku.

Razif bangun setiap pagi, tengok dashboard bisnes dia. Lead masuk berapa semalam. Sales team dah follow up berapa orang. Bulan ni on track ke tidak. Kemudian dia pergi gym.

Apa beza Amir dan Razif?

Bukan modal. Bukan pengalaman. Bukan even produk.

Razif ada sistem. Amir ada diri dia sendiri.


Ketiga, faham apa itu sistem bisnes dan kenapa ia bukan sesuatu yang complicated.

Untuk usahawan kecil, memahami cara bina sistem bisnes adalah langkah penting untuk keluar daripada model bisnes yang terlalu bergantung kepada owner.

Bila orang dengar perkataan “sistem”, ramai terus fikir “Itu untuk syarikat besar je. Saya bisnes kecil je.”

Tapi sebenarnya, sistem bisnes adalah sesuatu yang sangat mudah untuk difahami.

Sistem = cara sesuatu perkara dilakukan secara konsisten, tanpa bergantung kepada ingatan atau kehadiran satu orang.

Itu sahaja.

Dalam bisnes, antara sistem utama yang perlu wujud:

โ‘  Sistem Marketing

Sistem marketing bermaksud bisnes awak ada cara yang tetap untuk menarik perhatian orang ramai dan menjana lead bukan bergantung pada masa lapang awak atau mood awak untuk buat content.

Contoh mudah: Awak ada iklan yang jalan setiap hari. Ada proses yang jelas untuk capture maklumat prospek. Ada cara untuk nurture mereka yang belum beli lagi.

Bila sistem marketing wujud, lead masuk secara konsisten. Bukan bila awak rajin, bukan bila awak ada idea tapi setiap hari, seperti air yang mengalir.

Dalam proses cara bina sistem bisnes, sistem marketing adalah komponen pertama yang perlu wujud supaya lead boleh masuk secara konsisten.

โ‘ก Sistem Sales

Sistem sales bermaksud ada proses yang jelas dari saat lead masuk sampai ke saat mereka bayar dan proses ini boleh dijalankan oleh staff, bukan awak sorang.

Contoh mudah: Ada skrip untuk handle inquiry. Ada tahap-tahap yang jelas dalam proses jualan. Ada cara untuk follow up yang tidak bergantung pada sama ada awak teringat atau tidak.

Bila sistem sales wujud, conversion jadi lebih stabil. Awak boleh predict lebih kurang berapa jualan bulan depan berdasarkan berapa lead yang masuk sekarang.

โ‘ข Sistem Customer Success

Sistem customer success bermaksud ada cara yang tetap untuk urus pelanggan selepas mereka beli supaya mereka puas hati, datang lagi, dan bawa orang lain sekali.

Contoh mudah: Ada proses onboarding yang jelas. Ada cara untuk follow up lepas delivery. Ada sistem untuk minta review atau referral.

Bila sistem customer success wujud, awak tidak perlu cari pelanggan baru dari kosong setiap bulan. Pelanggan lama jadi aset yang terus memberi pulangan.

โ‘ฃ Sistem Operasi

Sistem operasi bermaksud ada struktur yang jelas dalam bisnes awak, siapa buat apa, bila, dan macam mana supaya bisnes boleh jalan walaupun awak tidak ada.

Contoh mudah: Ada SOP untuk setiap tugas utama. Ada cara untuk pantau prestasi staff. Ada proses kewangan yang tidak bergantung pada awak ingat nak check akaun bank.

Bila sistem operasi wujud, awak boleh keluar dari bisnes untuk beberapa hari dan balik semula tanpa perlu “rebuild” semula momentum.


Keempat, faham kenapa keempat-empat sistem ini perlu wujud bersama.

Ini bahagian yang ramai terlepas pandang.

Ada usahawan yang buat marketing dengan baik, tapi sales tunggang langgang. Lead masuk banyak, tapi tak convert.

Ada usahawan yang sales power, tapi marketing lemah. Bulan baik bila dapat referral, bulan lain sunyi.

Ada usahawan yang marketing dan sales okay, tapi operasi kelam kabut. Customer complain, delivery lambat, staff keliru.

Sistem ini bukan pilih satu. Ia perlu wujud bersama-sama  kerana ia saling bergantung antara satu sama lain.

Marketing bawa lead. Sales tukar lead jadi pelanggan. Customer pastikan pelanggan kekal dan beli lagi. Operasi pastikan semua ini boleh berlaku tanpa chaos.

Bila keempat-empat ini berjalan serentak, bisnes mula berubah cara ia beroperasi. Dari reactive, awak lari sana sini padamkan api  kepada proactive awak duduk tenang pantau sistem yang berjalan.

Ini beza antara bisnes yang struggle untuk stable dengan bisnes yang dah stable dan mula scale.


Kelima, faham kenapa ramai usahawan tahu semua ini tapi masih tak berubah.

Mungkin awak dah tahu semua yang saya tulis di atas.

Mungkin awak dah pernah baca buku pasal sistem bisnes. Dah pernah dengar dalam seminar. Dah pernah nod kepala dan berkata dalam hati, “Betul tu, saya kena buat ni.”

Tapi kenapa masih belum berlaku?

Saya dapati ada tiga sebab utama.

Sebab pertama: Tahu konsep tapi tak tahu macam mana nak translate ke dalam bisnes sendiri.

Senang cakap “bina sistem marketing.” Tapi macam mana nak mula? Apa yang perlu ada dulu? Macam mana nak tahu sistem tu dah cukup baik atau belum?

Sebab kedua: Dah cuba bina, tapi tak ada cara untuk jalankan secara konsisten.

Ramai usahawan dah pernah tulis SOP. Dah pernah buat proses. Tapi ia duduk dalam dokumen, tak pernah betul-betul digunakan dalam operasi harian.

Sebab ketiga: Terlalu sibuk operasi sampai tak ada masa nak bina sistem.

Ironi yang pahit, awak terlalu sibuk menjalankan bisnes sampai tak ada masa nak betulkan cara bisnes dijalankan. Macam cuba tukar tayar kereta sambil kereta masih bergerak.

Ketiga-tiga sebab ini ada penyelesaiannya. Tapi ia memerlukan pendekatan yang berbeza dari sekadar belajar teori.


Apa yang sebenarnya perlu berlaku.

Untuk keluar dari kitaran ini, awak perlukan tiga perkara serentak.

Satu, Kefahaman yang betul. Bukan sekadar tahu apa itu sistem, tapi faham macam mana ia berfungsi dalam konteks bisnes awak sendiri. Faham kenapa revenue awak tidak stabil. Faham apa yang perlu diubah dulu.

Dua, Panduan untuk bina sistem tu. Ada proses yang membawa awak langkah demi langkah dari bisnes yang bergantung kepada awak, kepada bisnes yang ada struktur yang jelas.

Tiga, Platform untuk jalankan sistem tu setiap hari. Sebab sistem yang hanya wujud dalam dokumen tidak akan mengubah apa-apa. Ia perlu hidup dalam cara bisnes awak beroperasi setiap hari.


Program Transformasi Mikro ke Kecil (TMK)

Ini sebab kami bangunkan Program TMK.

Program ini direka khas untuk usahawan yang bisnesnya dah jalan ada revenue, ada pelanggan, ada staff tapi masih terasa macam terlalu bergantung kepada diri sendiri untuk bisnes terus bergerak.

Dalam program ini, awak tidak sekadar belajar teori sistem bisnes.

Awak akan dibawa melalui proses membina sistem marketing, sales, customer, dan operasi yang disesuaikan dengan bisnes awak sendiri. Dan yang paling penting sistem ini terus dilaksanakan menggunakan digital operating system OfficeCentral Lite, supaya ia bukan sekadar dokumen cantik. Ia jadi cara bisnes awak beroperasi setiap hari. OC Lite mempunyai fungsi lengkap bisnes iaitu pos sistem, pengurusan prospek dan pelanggan, pengurusan sumber manusia, pengurusan akaun automatik, pengurusan gaji, dan banyak lagi.

Format program ini adalah hybrid gabungan sesi online dan fizikal supaya awak dapat pembelajaran yang fleksibel dan pada masa yang sama, ada sentuhan hands-on yang memastikan awak betul-betul implement, bukan sekadar faham. 


Jika awak baca sampai ke sini…

…mungkin ada sesuatu yang saya tulis yang buatkan awak rasa relevan dengan bisnes awak sekarang.

Mungkin awak dah lama rasa macam bisnes awak terlalu bergantung kepada awak. Mungkin awak dah tahu sesuatu perlu berubah, tapi tak pasti dari mana nak mula.

Program TMK dijangka dilancarkan bulan April. Pendaftaran rasmi belum dibuka.

Tapi senarai minat sudah boleh disertai sekarang.

Mereka yang daftar awal akan dapat maklumat penuh, kandungan program, format, harga sebelum ia dibuka kepada umum. Bab harga jangan risau, mampu milik dan mungkin kehadapan akan ada pendanaan luar seperti geran. Doakan.

Isi borang daftar minat dengan tekan butang di bawah.