KOMUNITI USAHAWAN NASIONAL

Untuk Usahawan Yang Mahu Lebih Dari Sekadar Bertahan

KUN ialah Komuniti Usahawan Nasional yang menyokong usahawan melalui Hubungan, Ilmu, Dana dan Sistem — supaya bisnes boleh berkembang dengan lebih teratur.

Ahli KUN Terkini

SIAPAKAH KAMI?

Selamat Datang Ke KUN

Selama bertahun-tahun bercakap dengan usahawan mikro, kecil dan sederhana, ceritanya hampir sama: mereka bekerja keras, tetapi sering bergerak sendirian. Ada yang tidak tahu cara dapatkan dana, ada yang mahu kembangkan bisnes tapi tiada sistem, dan ada yang cuma perlukan sedikit panduan untuk naik ke tahap seterusnya.

Dari situ lahir Komuniti Usahawan Nasional (KUN).

KUN bukan sekadar komuniti. Ia adalah ekosistem untuk usahawan berkongsi ilmu, membina sistem, mengakses teknologi, networking dan dana, supaya bisnes lebih kukuh dan berdaya tahan.

Perjalanan ini bukan untuk dilakukan seorang diri. Jika anda mahu tahu keseluruhan perancangan kami, jemput baca penerangan penuh.

Hubungan

Rakan usahawan, mentor dan jaringan strategik partner yang memahami realiti bisnes sebenar.

Ilmu

Pembelajaran berperingkat yang praktikal, bukan teori semata-mata.

Sistem

Tools dan sistem yang membantu usahawan bertindak dengan lebih tersusun.

Dana

Pendedahan, kesedaran dan persediaan terhadap peluang pembiayaan, geran & investor.

Ini Cara KUN Membina Usahawan

Hubungan membuka pintu.
Ilmu menentukan arah.
Dana mempercepatkan perjalanan.
Sistem memastikan bisnes boleh berkembang tanpa bergantung kepada individu.

Mengenai KUN

Kenapa Anda Patut Sertai Komuniti Kami?

KUN bukan sekadar komuniti,
tetapi satu usaha untuk membina usahawan yang bergerak dengan arah yang jelas.
Melalui Hubungan, Ilmu, Dana dan Sistem,
kami membantu usahawan PMKS naik kelas secara berperingkat dari Mikro ke Kecil ke Sederhana.

Ahli KUN terkini

Misi

Mewujudkan ekosistem sokongan usahawan berasaskan
Hubungan, Ilmu, Dana dan Sistem untuk membantu usahawan naik kelas secara berperingkat.

Visi

Melahirkan generasi usahawan yang tidak bergantung kepada nasib, tetapi dibina dengan komuniti, kefahaman dan sistem yang betul.

APA KATA USAHAWAN PMKS?

En Saiful - Usahawan PMKS

“Sebelum ini saya banyak bergerak sendiri dan cepat keliru.
Dalam KUN, saya jumpa komuniti yang faham realiti usahawan dan bantu saya susun semula arah bisnes.

Siti, Pengasas Perniagaan Perkhidmatan

“Ilmu yang dikongsi dalam KUN bukan teori.
Ia buat saya sedar kenapa bisnes saya tak bergerak disebabkan tiada sistem. Sekarang saya lebih jelas apa yang perlu dibina.”

Faizal, Pemilik Perniagaan

“Saya selalu anggap dana dan geran bukan untuk saya.
Melalui KUN, saya faham tahap kesiapsediaan bisnes sendiri dan apa yang perlu diperbaiki terlebih dahulu.”