Dari RM1.97 sehari · Setup 1 hari

\

OC Lite — Digital Operating System untuk PMKS

Kalau Anda Sakit Minggu Depan, Bisnes Anda Masih Boleh Jalan Sendiri?

OC Lite memberikan anda sistem operasi lengkap — Pengurusan HR, Gaji, Akaun, Jualan & Pelanggan — dalam satu platform yang mudah digunakan. Setup dalam 1 hari. RM1.97 sehari.

✔  Setup dalam 1 hari       ✔  Jaminan 30 Hari        Tanpa Meeting

⭐ Most Chosen — Annual Plan

~RM1.97 sehari

8

Sistem dalam 1 platform

5

Sistem dalam 1 platform

1

Hari untuk setup

20+

Tahun AVSB dalam industri

Sebelum anda teruskan, baca 6 perkara ini:

[

Kenapa 7 daripada 10 pemilik bisnes kecil tidak tahu sama ada mereka untung atau rugi — walaupun bisnes mereka sudah lama beroperasi

[

Satu kesilapan dalam pengiraan gaji sahaja boleh menelan kos yang lebih tinggi daripada yuran sistem setahun penuh

[

Apa yang pemilik bisnes seperti anda lakukan dalam 30 hari untuk bisnes mereka terus berjalan — walaupun mereka tidak ada di pejabat

[

Cara bisnes dengan 2 orang staf boleh beroperasi seperti bisnes 10 orang — tanpa tambah seorang pekerja pun

[

Kenapa Excel sebenarnya adalah musuh terbesar pertumbuhan bisnes anda — dan ramai yang masih tidak sedar

[

Sistem ini bukan untuk syarikat besar. Ia direka khas untuk fasa anda sekarang — bisnes dah hidup, tapi sistem belum betul

Mula Kawal Bisnes Anda Sekarang — RM1.97 Sehari

Setup dalam 1 hari · Jaminan 30 Hari · Tanpa Meeting

✓ Tanpa kontrak jangka panjang ·    ✓ Boleh mula dengan Monthly dulu

Kenali Masalah Anda

Jujur dengan diri anda sebentar.

Anda sudah bekerja keras untuk bisnes ini. Pelanggan ada. Jualan ada. Cashflow bergerak. Tapi ada sesuatu yang masih tidak kena.

Masalah #1

Semua Benda Kena Lalu Anda

Staf tanya soal cuti — anda yang jawab. Pelanggan tanya harga — anda yang semak. Ada masalah invois — anda yang selesaikan. Setiap keputusan, besar atau kecil — semua lalu anda. Anda cuba ambil cuti 3 hari. Tapi phone masih berbunyi.

“Kalau sekarang pun dah serabut — kalau kerja makin banyak, aku yang pecah dulu.”

Masalah #2

Kerja Manual Yang Tidak Pernah Habis

Invois dalam WhatsApp. Gaji dikira manual hujung bulan. Quotation hantar dalam PDF Excel. Rekod kehadiran dalam buku atau group chat. Setiap minggu ada benda yang tertinggal. Setiap bulan ada kesilapan kecil yang perlu dibetulkan.

“Kau bukan ada masalah bisnes. Kau ada masalah sistem.”

Masalah #3

Hujung Bulan, Satu Soalan Yang Menghantui

Data ada. Tapi ia berselerak dalam Excel yang berbeza-beza. Dalam resit yang tersimpan dalam phone. Dalam screenshot WhatsApp. Anda buat keputusan bisnes berdasarkan agak-agak — bukan nombor yang boleh dipercayai.

“Sebenarnya… aku untung ke rugi bulan ni?”

Ini bukan masalah bisnes anda.
Ini masalah sistem anda.

Anda bukan perlukan lebih banyak usaha. Anda perlukan struktur yang betul — supaya bisnes boleh berjalan dengan lebih waras, tanpa anda perlu pegang setiap benda.

Penyelesaian

Perkenalkan OC Lite — Sistem Operasi Untuk Bisnes Fasa Anda

OC Lite bukan ERP yang leceh dan memerlukan konsultan untuk setup. OC Lite bukan Excel yang melekat pada satu orang sahaja. Ia sesuatu yang berada di tengah-tengah — direka khas untuk bisnes yang sudah hidup, ada pelanggan tetap, ada transaksi konsisten — tetapi sistem dalaman masih belum matang.

OC Lite bukan untuk scale laju.
Ia untuk scale tanpa pecah — dan tanpa anda semakin penat.

Demo Sistem

Tonton Demo 5 Minit — Lihat Sendiri Bagaimana OC Lite Berfungsi

8 Sistem Dalam 1 Platform

Semua Yang Anda Perlukan, Tiada Yang Anda Tidak Perlukan.

Dan Ianya Datang Dengan 1 Harga Mampu Milik!

Setiap modul direka untuk selesaikan satu masalah spesifik dalam operasi harian bisnes anda.

Pengurusan HR & Staf

Permohonan cuti, semakan slip gaji, rekod kehadiran — staf buat sendiri dari phone mereka. Anda tidak perlu jadi orang tengah lagi.

✓ Staf urus hal mereka sendiri, tanpa ganggu anda

Pengurusan Gaji (Payroll)

Tidak perlu kira manual lagi. Sistem jana slip gaji secara automatik, lengkap dengan EPF, SOCSO, EIS & PCB. LHDN-approved.

✓ Slip gaji auto — kurang risiko kesilapan

Sistem Perakaunan

Laporan Untung Rugi, Kunci Kira-kira, dan Bank Reconciliation dijana automatik. MPERS-ready. Boleh tunjukkan kepada bank bila-bila masa.

✓ Tahu untung atau rugi setiap masa, bukan hanya hujung bulan

CRM & Pengurusan Pelanggan

Track leads, hantar quotation dan invois, pantau pipeline jualan — semua dalam satu sistem. E-Invoice ready untuk submission LHDN.

✓ Tiada lagi peluang jualan yang tertinggal

Point of Sale (POS)

Cloud POS yang boleh diakses dari mana-mana. Setiap transaksi mengurangkan stok secara automatik — tiada lagi stock take manual.

✓ Setiap jualan direkod, stok dikemas kini automatik

Pricebook

Satu sumber harga untuk semua channel — POS, CRM, dan quotation. Tiada lagi kekeliruan harga antara staf. Margin terjaga.

✓ Semua staf sebut harga yang sama kepada semua pelanggan

Staff Mobile App

Mohon cuti, semak slip gaji, rekod kehadiran — semua dari phone staf. Bisnes tidak berhenti walaupun anda tidak ada di pejabat.

✓ Staf boleh buat kerja dari mana-mana, tanpa kena call anda

CRM Mobile App

Update status leads, semak pipeline, hantar quotation — dari phone, di mana sahaja. Peluang jualan ditangkap pada masanya.

✓ Team jualan boleh follow up leads di luar pejabat, masa nyata

Perbandingan Jujur

“Tapi Saya Guna Excel Pun Okay Je…”

Kami faham. Excel memang okay — hingga satu hari ia tidak okay lagi. Ini perbandingan jujur antara tiga pilihan yang ada untuk bisnes saiz anda:

Aspek

Kos

Masa Setup

Sesuai Untuk

Compliance

Masa Belajar

Support

Bila Berkembang

❌ Excel / Manual

RM0 — kos masa & kesilapan tersembunyi tinggi

Tiada setup — chaos berterusan

Solo, pecah bila ada team

Manual, mudah silap, risiko penalti

Semua tahu Excel tapi had tinggi

Tiada — masalah, owner selesai sendiri

Pecah bila volume dan team naik

⚠️ ERP Penuh

RM3,000–RM15,000+ setahun

3–6 bulan dengan konsultan

20+ staf — overkill untuk bisnes kecil

Compliance penuh tapi kos mahal

Training berminggu atau berbulan

Bayar support fee yang tinggi

Terlalu awal untuk fasa sekarang

✅ OC Lite

RM699/tahun (RM1.97/hari)

3–6 bulan dengan konsultan

Direka khas untuk 2–5 staf

LHDN, EPF/SOCSO, MPERS — included

Staf boleh guna dalam 1 hari

Komuniti + Onboarding Platform included

Beralih ke OfficeCentral ERP tanpa migrate data

OC Lite direka khas untuk bisnes 2–5 staf yang dah hidup dan bersedia untuk kemaskan operasi. Bukan terlalu besar. Bukan terlalu kecil. Tepat untuk fasa anda sekarang.

kenapa percaya kami?

Anda Tidak Membeli Dari Syarikat Baru. Anda Membeli Dari Syarikat Yang Sudah Ada Sebelum Facebook Wujud.

Authentic Venture Sdn Bhd (AVSB) telah membangunkan perisian pengurusan bisnes untuk organisasi Malaysia sejak lebih 20 tahun yang lalu. Kami bukan startup yang baru muncul semalam — kami syarikat Malaysia yang sudah terbukti, dengan pelanggan dari sektor swasta, korporat, hingga agensi kerajaan.

20+

Tahun dalam industri perisian Malaysia

1,000+

Bisnes guna

OfficeCentral

1 Hari

Setup & terus boleh

guna

RM1.97

Sehari — harga teh

tarik

OC Lite dibina di atas infrastruktur yang sama. Anda tidak perlu risau sistem ini akan hilang atau tutup esok lusa. Pelaburan anda selamat.

Perbandingan Jujur

Apa Kata Pemilik Bisnes Yang Sudah

Menggunakannya

“Dulu semua benda kena lalu saya. Staf nak ambil cuti pun kena tanya saya dulu. Lepas guna OC Lite, staf dah boleh mohon cuti sendiri dalam sistem, slip gaji keluar automatik, saya tak perlu fikir dah. Bulan lepas saya pergi outstation 4 hari — bisnes jalan seperti biasa.”

Hafiz Roslan

Service & Maintenance Company

“Sebelum ni hujung bulan saya teka-teka je untung berapa. Semua dalam Excel yang berbeza-beza, dalam WhatsApp, dalam phone. Sekarang saya boleh tengok Laporan Untung Rugi setiap masa. Bulan pertama guna OC Lite, saya tahu dengan tepat berapa untung bersih saya — untuk pertama kali dalam 4 tahun berniaga.”

Norsyahirah Mahmud

Trading Company

“Saya ingat nak setup sistem macam ni ambil masa berminggu. Rupanya dalam sehari dah siap. Staf saya yang tidak terlalu mahir teknologi pun boleh guna tanpa banyak soal. Kami mula guna semua 8 modul dalam minggu pertama sahaja.”

Suraya Ahmad

Butik & Online Store

Kenali Masalah Anda

Semua Dalam Satu Pakej — Tiada Bayaran Tersembunyi

Kami sedang membuka 50 tempat pertama untuk pemilik bisnes yang betul-betul serius untuk kemaskan operasi mereka. Kami ingin buktikan OC Lite boleh membuat perbezaan sebenar — dan kami memerlukan kejayaan pelanggan yang kuat untuk melakukannya. Sebab itulah subscriber yang masuk sekarang mendapat lebih daripada orang lain yang masuk kemudian.

8 Sistem Dalam 1 Platform

HR, Gaji, Akaun, CRM, POS, Pricebook, Staff Mobile App, CRM Mobile App

Online Onboarding Platform

Panduan langkah demi langkah yang anda boleh ikuti sendiri pada bila-bila masa. Tiada perlu tunggu jadual trainer. Onboard mengikut rentak anda sendiri.

Support Komuniti

Komuniti pengguna OC Lite yang aktif. Ada soalan? Ada orang jawab.

PERCUMA — Semakan Status PMKS

Monthly & Annual

HR, Gaji, Akaun, CRM, POS, Pricebook…

PERCUMA — Laporan Persediaan Geran

Monthly & Annual

Laporan bertulis — geran mana yang anda layak, mana yang perlu diperbaiki
dulu, dan langkah seterusnya.

PERCUMA — Laporan Analisis Kewangan

Annual Sahaja

Analisis kesihatan kewangan bisnes anda — cashflow, keuntungan, kekuatan
dan kelemahan dalam nombor sebenar.

Pilih Pakej Anda

1 Harga Mampu Milik. Semua Sistem Included.

Semua yang anda lihat di atas — 8 sistem, onboarding platform, support komuniti, dan laporan percuma — semuanya datang dalam satu harga yang mampu milik.

monthly

~RM1.97 sehari · excl. tax

   8 Sistem Dalam 1 Platform

   Online Onboarding Platform

   Support Komuniti

   Percuma: Semakan Status PMKS

   Percuma: Laporan Persediaan Geran

⭐ Most Chosen

Annual

~RM53.77/bulan · excl. tax · jimat berbanding monthly

   8 Sistem Dalam 1 Platform

   Online Onboarding Platform

   Support Komuniti

   Percuma: Semakan Status PMKS

   Percuma: Laporan Persediaan Geran

   Percuma: Laporan Analisis Kewangan

   12 + 1 Bulan (bulan ke-13 percuma)

🔒   Commitment Rewards (50 subscriber pertama)

Berminat untuk mendapatkan OC Lite?
Pilih pelan yang anda inginkan di atas dan tetapkan kuantiti yang diperlukan.

Kemudian, klik “Dapatkan OC Lite Sekarang!” dan anda akan dihantar ke product page. Lengkapkan maklumat anda dan teruskan pembayaran untuk membuat pesanan.

Mudah, cepat, dan tanpa kerumitan! 🚀

eksklusif — annual sahaja

Commitment Rewards — Hanya Untuk 50 Subscriber Annual Pertama

Harga OC Lite tidak berubah. RM699 setahun kekal untuk semua orang. Tetapi tiga perkara ini — kami hanya boleh tawarkan kepada 50 subscriber Annual yang pertama. Apabila tempat penuh, ia ditutup. Ia tidak akan kembali.

Price-Lock Selamanya

Harga anda dikunci pada RM699 setahun — selama-lamanya. Walaupun AVSB menaikkan harga OC Lite tahun depan atau 5 tahun akan datang, harga anda tidak akan berubah. Anda bayar RM699 sekarang, anda bayar RM699 selamanya.

Early Pass

Akses awal kepada software AVSB yang lain sebelum ia dilancarkan kepada orang ramai. Sebagai subscriber dalam 50 yang pertama, anda akan menjadi orang pertama mendapat akses — sebelum harga awal tamat dan sebelum public launch.

1 Bulan OfficeCentral ERP Percuma

Apabila bisnes anda berkembang melebihi 5 staf — itu tanda bisnes anda sudah bersedia naik ke tahap seterusnya. Sebagai ucapan tahniah kepada subscriber awal, anda mendapat 1 bulan OfficeCentral ERP percuma. Semua data kekal.

Commitment Rewards masih terbuka — terhad kepada 50 subscriber Annual pertama sahaja.

Apabila penuh, ia ditutup. Harga RM699 kekal — tetapi ketiga-tiga rewards ini tidak akan kembali.

Jaminan kami

Cuba Selama 30 Hari. Kami Tanggung Risikonya

Kami sedar anda seorang yang berhati-hati dalam membuat keputusan untuk bisnes anda. Dan itu memang sifat seorang usahawan yang bijak. Sebab itulah kami letakkan semua risiko di bahu kami — bukan di bahu anda.

Jaminan 30-Hari Kawalan Penuh

“Dalam 30 hari pertama, jika operasi bisnes anda tidak terasa lebih teratur berbanding sebelum ini — trainer kami akan mengajar anda selama 1 hari secara percuma (nilai RM120) sehingga sistem benar-benar digunakan dengan baik.”

Risiko ada pada kami. Bukan pada anda.

Syarat: Ikuti proses onboarding yang disediakan dalam platform. Guarantee claim dalam tempoh 30 hari dari tarikh subscribe.

Anda Sudah Nampak  Gambarnya. Sekarang Masa Untuk Ambil Tindakan.

Termasuk Commitment Rewards · Laporan Analisis Kewangan Percuma · Jaminan 30 Hari

✓    Jaminan 30 Hari    ·    ✓    Setup dalam 1 hari    ·    ✓    Tanpa Meeting

Soalan & Jawapan

Soalan Yang Selalu Ditanya

"Sistem ini complicated tak? Saya bukan orang IT."

Tidak. OC Lite direka untuk pemilik bisnes — bukan untuk pakar IT. Platform onboarding kami membimbing anda langkah demi langkah, dan anda boleh mula menggunakannya dalam masa 1 hari. Staf anda pun boleh belajar tanpa training yang panjang.

"Bisnes saya masih kecil. Perlukah sistem sekarang?"

Masa yang paling sesuai untuk kemaskan sistem adalah sekarang — sebelum bisnes menjadi terlalu besar dan serabut. Apabila anda sudah ada 10 staf dan ratusan pelanggan, masa untuk belajar sistem baru memang tidak ada. Pemilik bisnes yang berjaya kemaskan operasi awal — bukan lewat.

"Bagaimana kalau saya beli tapi tidak guna?"

Sebab itulah ada Jaminan 30-Hari Kawalan Penuh. Ikuti proses onboarding yang kami sediakan. Kalau dalam 30 hari anda tidak merasakan operasi bisnes lebih teratur, trainer kami akan hadir mengajar anda selama 1 hari secara percuma — sehingga sistem benar-benar berjalan.

"Saya dah guna Excel selama ini. Apa masalahnya?"

Excel tidak boleh mengingatkan anda bila EPF perlu dibayar. Excel tidak boleh jana slip gaji automatik. Excel tidak boleh tunjukkan Laporan Untung Rugi masa nyata. Excel tidak boleh bagi staf akses tanpa share fail yang sama. Bila bisnes anda berkembang, Excel akan jadi beban — bukan penyelesaian.

"Adakah data saya selamat dalam sistem cloud?"

OC Lite dibina oleh Authentic Venture Sdn Bhd — syarikat perisian Malaysia yang sudah beroperasi lebih 20 tahun. Data anda disimpan dengan selamat dalam infrastruktur cloud yang terjamin. Kami sudah dipercayai oleh lebih 1,000 bisnes di Malaysia — termasuk agensi kerajaan.

"Boleh tak saya tambah pengguna melebihi 5 orang?"

OC Lite direka untuk bisnes 2–5 staf. Apabila bisnes anda berkembang melebihi 5 pengguna, anda boleh beralih kepada OfficeCentral ERP — dan sebagai subscriber awal, anda mendapat 1 bulan pertama secara percuma sebagai ucapan tahniah.

Satu soalan sebelum anda pergi

Kalau 6 Bulan Dari Sekarang Bisnes Anda Masih Beroperasi Dengan Cara Yang Sama…

Excel yang sama. WhatsApp yang sama. Chaos yang sama. Apa yang akan berubah?

Kalau jawapannya tiada — ini masa yang sesuai untuk mulakan.

P.S. — Commitment Rewards hanya untuk 50 subscriber Annual yang pertama. Apabila tempat penuh, ia ditutup. Harga RM699 kekal — tetapi Price-Lock Selamanya, Early Pass, dan 1 bulan OfficeCentral ERP percuma tidak akan kembali. Kalau anda serius untuk kemaskan operasi bisnes anda tahun ini, keputusan perlu dibuat sekarang — bukan bila dah serabut sangat.