Ekosistem Ventures

Seorang usahawan datang berjumpa saya. Bisnesnya sudah sembilan tahun beroperasi. Pendapatan bulanan melebihi RM50,000. Pekerja ada tujuh orang. Dari luar, semua nampak baik.

Tapi dia datang dengan satu masalah.

“Azeri, saya dah cuba mohon geran dua kali. Dua kali ditolak. Bank pun susah nak lulus. Saya rasa bisnes saya ni macam tak layak je walaupun dah lama berniaga.”

Saya tanya satu soalan.

“Rekod kewangan anda ada tak? Kalau bank atau agensi geran nak nilai bisnes anda, apa yang anda boleh tunjukkan kepada mereka?”

Dia diam seketika.

Sembilan tahun berniaga. Tiada rekod yang tersusun. Tiada sistem yang betul. Tiada dokumen yang boleh dikemukakan. Bisnesnya besar dari segi operasi, tetapi tidak kelihatan “proper” di mata pihak yang memberi dana.

Ini bukan kes yang luar biasa. Ini adalah realiti kebanyakan usahawan Malaysia.

Dan sebab itulah saya membina Ekosistem Ventures.

Dalam artikel ini:

  1. Masalah Sebenar: Usahawan Yang Rajin Tapi Tidak Layak
  2. Satu Ayat Yang Perlu Anda Faham
  3. Mengapa Ekosistem, Bukan Sekadar Software
  4. Empat Komponen Utama Ekosistem Ventures
  5. Enabler Yang Mempercepatkan Perjalanan Anda
  6. Outcome Yang Boleh Dijangka
  7. Perjalanan Dari Mikro ke Kecil ke Sederhana
  8. Siapa Yang Sesuai Dengan Ekosistem Ventures
  9. Soalan Lazim (FAQ)
  10. Langkah Seterusnya

 

1. Masalah Sebenar: Usahawan Yang Rajin Tapi Tidak Layak

Kajian menunjukkan bahawa 77% perniagaan kecil dan mikro di Malaysia gagal berkembang melepasi peringkat awal. Bukan kerana pemiliknya malas. Bukan kerana mereka tidak pandai berniaga.

Sebabnya lebih mudah daripada itu.

Mereka tidak bersistem. Mereka tidak mempunyai rekod yang betul. Dan apabila peluang dana datang, mereka tidak bersedia.

Bayangkan ini. Seorang usahawan menghabiskan lebih 1,095 jam setahun untuk menguruskan kerja operasi secara manual. Memasukkan data satu persatu. Menyimpan resit dalam fail yang berselerak. Tiada laporan kewangan yang jelas. Semua masa itu bukan untuk mengembangkan bisnes, tetapi sekadar untuk mengekalkannya agar terus berjalan.

Dan apabila bank atau agensi geran bertanya tentang rekod kewangan, jawapannya selalu sama.

“Saya ada, tapi tak tersusun.”

Itulah jurang yang memisahkan usahawan yang mendapat dana daripada mereka yang tidak. Bukan soal kerajinan. Bukan soal bakat. Soal sistem dan persediaan.

2. Satu Ayat Yang Perlu Anda Faham

UNTUK DAPAT DANA, BISNES KENA PROPER.

Ayat ini adalah asas kepada keseluruhan Ekosistem Ventures.

Dana membuka peluang untuk berkembang. Itu memang benar. Geran kerajaan, pinjaman bank, pelaburan, semua boleh mempercepatkan pertumbuhan bisnes anda.

Tetapi untuk mendapatkan dana tersebut, bisnes anda perlu kelihatan layak di mata pemberi dana. Dan untuk kelihatan layak, bisnes anda perlu proper.

Proper bermaksud:

      • Rekod kewangan yang tersusun dan dikemaskini setiap hari.
      • Sistem operasi yang tidak bergantung sepenuhnya kepada pemilik.
      • Dokumen yang boleh dikemukakan kepada bank, agensi geran, dan pelabur.
      • Jualan yang konsisten dan boleh dijejak dengan data.
      • Operasi yang efisien dan boleh berkembang tanpa kekacauan.

Ekosistem Ventures wujud untuk membantu anda mencapai tahap proper itu. Langkah demi langkah.

3. Mengapa Ekosistem, Bukan Sekadar Software

Perkara pertama yang perlu difahami tentang Ventures adalah ini.

Ventures bukan sekadar syarikat software. Kami membina ekosistem yang lengkap.

Ya, Ventures mempunyai pelbagai software dan platform yang dibina dengan kepakaran lebih 20 tahun dalam industri teknologi. Tetapi software hanyalah sebahagian daripada apa yang kami tawarkan. Software adalah alat. Ekosistem adalah jalan.

Yang membawa bisnes anda level up adalah gabungan sistem, ilmu, hubungan, dan akses kepada dana. Semuanya bekerja bersama dalam satu ekosistem yang direka khusus untuk usahawan Malaysia.

BELI SOFTWARE SAHAJA

  • Dapat alat
  • Guna sendiri, faham sendiri
  • Tiada sokongan berterusan
  • Tiada komuniti
  • Tiada panduan akses dana

SERTAI EKOSISTEM VENTURES

  • Dapat sistem yang lengkap
  • Ada coach dan panduan
  • Ada komuniti usahawan
  • Ada akses kepada geran dan dana
  • Ada outsourcing bila diperlukan

4. Empat Komponen Utama Ekosistem Ventures

Ekosistem Ventures dibina atas empat komponen utama. Setiap komponen mempunyai peranan yang jelas dan semuanya menuju ke satu destinasi yang sama: dana untuk level up.

System

Bina Bisnes Yang Proper

  • OC Lite untuk usahawan Mikro

  • Office Central untuk operasi lebih profesional
  • Rekod kewangan terbina setiap hari
  • Dokumen proper untuk geran dan bank

Funding

Akses Kepada Dana

  • KUN Software: usahawan tahu starting point
  • Apply dana dari Agensi, Bank dan Pelabur
  • Bank Loan dan Investor Matching
  • Coach dan Guidance dalam platform

Sales

Jana Revenue Secara Konsisten

  • ADMAP: automate content dan social media
  • SalesNovus: prospecting dan lead generation
  • CRM Sales Platform: automatikkan jualan
  • Makin lama guna, makin berkuasa

AI Layer

AI Di Hujung Jari

  • PA in the Pocket via WhatsApp
  • Urus bisnes tanpa buka sistem
  • Data direkod AI ke dalam sistem
  • AI yang memahami bisnes anda

System: Bina Bisnes Yang Proper

Komponen pertama adalah sistem. Usahawan yang bersistem adalah usahawan yang bersedia untuk berkembang dan layak mendapat dana.

OC Lite adalah pintu masuk kepada sistem. Ramai yang melihatnya sebagai software operasi biasa. Tetapi tujuan sebenarnya jauh lebih besar.

    • Rekod kewangan terbina secara automatik setiap hari tanpa kerja tambahan.
    • Dokumen proper untuk dikemukakan kepada bank, agensi geran, dan pelabur.
    • Bisnes menjadi lebih tersusun dan tidak bergantung sepenuhnya kepada pemilik.

 

Apabila bisnes berkembang, usahawan boleh beralih kepada Office Central untuk operasi yang lebih profesional dengan Accounting System, Sales Quotation, Purchase Order, Customer Management, Inventory Management, HR Management, dan Project Management.

Funding: Akses Kepada Dana

KUN Software adalah navigator perjalanan Level Up. Ia bukan sekadar platform geran. Ia adalah cermin yang menunjukkan kepada usahawan kedudukan sebenar bisnes mereka.

Di dalam KUN ada:

    • Dana Matching menggunakan kaedah DIY, WGY, dan WDFY/DFY.
    • Bank Loan dan Investor Matching berdasarkan profil bisnes.
    • Coach dan Guidance untuk bersedia mendapat dana.
    • Komuniti usahawan yang saling membantu.
    • Outsourcing WDFY/DFY apabila diperlukan.

Sales: Jana Revenue Secara Konsisten

Bisnes yang mempunyai jualan yang baik adalah bisnes yang menarik kepada bank dan pelabur. Komponen Sales dalam Ekosistem Ventures mempunyai tiga platform yang bekerja bersama.

ADMAP

Platform content automation yang automate proses penciptaan content, auto post ke social media, dan AI yang terus menganalisis dan memperbaiki content dari masa ke masa. Makin lama digunakan, makin berkuasa hasilnya.

SalesNovus

Platform B2B prospecting berkuasa AI untuk mencari leads berkualiti, jana email secara automatik, dan mendapatkan meeting dengan prospek yang tepat.

CRM Sales Platform

Platform jualan untuk automatikkan proses jualan, bina pipeline yang tersusun, jejak aktiviti jualan, dan jana laporan jualan yang berguna untuk keputusan bisnes.

AI Layer: AI Di Hujung Jari

PA in the Pocket membolehkan usahawan menguruskan bisnes melalui WhatsApp tanpa perlu membuka sebarang sistem.

    • Tanya status jualan, rekod kewangan, atau maklumat bisnes terus melalui WhatsApp.
    • Semua data direkod oleh AI ke dalam sistem secara automatik.
    • Usahawan fokus kepada pertumbuhan bisnes. PA yang uruskan sistem.

5. Enabler Yang Mempercepatkan Perjalanan Anda

Selain empat komponen utama, Ekosistem Ventures menyediakan empat enabler yang direka untuk mempercepatkan perjalanan level up anda.

Training

Tiang Ilmu

Kelas Komuniti KUN: RM10-RM20

Kelas Standard: RM100-RM500

Kelas HRDC: RM600 ke atas

Coaching & Webinar

Kun Komuniti

Komuniti Usahawan Nasional

Rumah kepada keseluruhan ekosistem

Rakan usahawan, mentor dan advisor

Networking dan peluang kerjasama

Testimoni dari jiran dalam komuniti

Coaching

Coaching & Mentoring

Bimbingan 1-1 bersama coach

Bantu strategi dan selesaikan masalah bisnes

Bersama coach berpengalaman

Outsourcing

DFY / WDFY

Accounting, HR & Payroll

Marketing, Sales Support

Operasi harian bisnes

Anda fokus pada growth

6. Outcome Yang Boleh Dijangka

Ini bukan janji kosong. Ini adalah outcome yang boleh dijangka apabila anda benar-benar menggunakan ekosistem ini dengan sepenuhnya.

REKOD LEBIH TERATUR

Bisnes lebih sistematik dan tersusun dari hari pertama

LEBIH MUDAH AKSES DANA

Geran, Loan dan Pelabur lebih mudah dicapai

LEBIH BANYAK SALES

Lebih banyak prospek, lebih banyak closing

OPERASI LEBIH EFISIEN

Keuntungan meningkat, masa terbuang berkurang

LEVEL UP! Dari Mikro ke Kecil ke Sederhana. Bina Legacy, Ubah Hidup.

7. Perjalanan Dari Mikro ke Kecil ke Sederhana

Tidak semua usahawan bermula di tempat yang sama. Tidak semua mempunyai keperluan yang sama. Sebab itulah Ekosistem Ventures mempunyai pelbagai pintu masuk.

MIKRO

Baru bermula. Operasi masih kecil. Tidak bersistem. Bergantung sepenuhnya kepada pemilik.

 

KECIL

Mula stabil. Mula berkembang. Perlukan sistem yang lebih baik untuk menyokong pertumbuhan.

SEDERHANA

Bisnes lebih besar. Data yang kuat. Layak untuk scale dan mendapat dana yang lebih besar.

Usahawan boleh menyertai ekosistem dari mana-mana pintu masuk yang sesuai dengan kedudukan bisnes mereka sekarang. Melalui OC Lite. Melalui KUN Komuniti. Melalui KUN Software. Melalui Training. Yang penting adalah memulakan perjalanan.

8. Siapa Yang Sesuai Dengan Ekosistem Ventures

Ventures tidak boleh membantu semua orang. Dan kami nyatakan ini dengan jelas dari awal.

Filter pertama ekosistem ini bukan kemampuan bisnes. Bukan tahap pendapatan. Filter pertama adalah NIAT.

Ekosistem Ventures sesuai untuk anda jika:

    • Anda seorang usahawan Mikro atau Kecil yang serius mahu berkembang.
    • Anda sedar bahawa cara bisnes anda beroperasi sekarang perlu diperbaiki.
    • Anda bersedia untuk belajar dan menggunakan sistem yang betul.
    • Anda mahu bisnes anda layak mendapat geran, pinjaman, atau pelaburan.
    • Anda sanggup mengambil langkah pertama hari ini, walaupun belum sempurna.

Kalau niat betul, Ventures akan bantu sampai level up, insya Allah.

9. Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Ekosistem Ventures?

Ekosistem Ventures adalah satu ekosistem lengkap yang menggabungkan sistem, ilmu, komuniti, dan akses kepada dana untuk membantu usahawan Mikro, Kecil, dan Sederhana level up. Ia bukan syarikat software. Ia adalah partner yang ikut naik bersama usahawan dari hari pertama mereka masuk ekosistem.

Bagaimana Ekosistem Ventures berbeza daripada membeli software biasa?

Software biasa memberikan alat. Ekosistem Ventures memberikan alat, ilmu, komuniti, coaching, outsourcing, dan sokongan untuk memastikan usahawan benar-benar menggunakan semua itu dengan berkesan. Matlamatnya bukan untuk anda guna software. Matlamatnya adalah untuk bisnes anda level up.

Dari mana saya patut mulakan?

Bergantung kepada keperluan semasa bisnes anda. Kalau anda usahawan Mikro yang baru bermula, OC Lite adalah tempat yang terbaik untuk mulakan. Kalau anda ingin tahu kedudukan bisnes anda dan peluang dana yang ada, mulakan dengan KUN Software. Hubungi pasukan kami dan kami akan bantu tentukan titik permulaan yang paling sesuai.

Apakah ADMAP dan bagaimana ia membantu bisnes saya?

ADMAP adalah platform content automation yang automate proses penciptaan content, auto post ke social media, dan AI yang terus menganalisis serta memperbaiki content anda dari masa ke masa. Semakin lama anda menggunakannya, semakin kuat content yang dihasilkan. Ia sesuai untuk usahawan yang ingin membina kehadiran digital secara konsisten tanpa mengambil masa yang banyak.

Bagaimana Ekosistem Ventures membantu saya mendapatkan dana?

Melalui KUN Software, anda boleh semak kelayakan geran, jana laporan kewangan, dan membuat permohonan dana dari agensi, bank, dan pelabur. Tetapi yang lebih penting, melalui keseluruhan ekosistem, bisnes anda akan dibina dengan cara yang membuatkan anda benar-benar layak mendapat dana tersebut.

10. Langkah Seterusnya

Ramai usahawan mencari dana untuk berkembang.

Kami membantu mereka menjadi bisnes yang lebih layak untuk mendapatkannya dan terus berkembang.

Perjalanan level up bermula dengan satu langkah. Langkah pertama adalah paling penting.

Bersedia Untuk Level Up?

Hubungi pasukan kami hari ini untuk perbincangan percuma.

azeri@ventures.com.my   |   011-390 80919   |   https://usahawannasional.com