
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.
Saya ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai perancangan Komuniti Usahawan Nasional (KUN). Kita bermula dengan luahan-luahan seperti contoh saya beri di atas. Saya suka bila usahawan meluahkan kekecewaan sebegini kerana disinilah ianya bermula. Kebetulan, saya ada terima call juga dari usahawan dan kisahnya lebih kurang sahaja.
Ada yang tahu, ada yang tidak tahu saya menulis buku geran yang bertajuk “Seni Dapatkan Geran Berulang-Kali Sampai Agensi Nak Bagi Lagi!”. Buku ini ditulis kerana saya melakukan satu survey yang menghimpunkan kira-kira 100 lebih usahawan.
Jawapan ditulis tiada A,B,C. Semua ditaip sendiri oleh usahawan-usahawan. Dari mikro sehingga ke sederhana. Saya masih lagi menulis untuk keluaran Edisi Ketiga. Siap saya umumkan.
Saya bertanya beberapa soalan pada usahawan tapi ada 3 soalan utama:
- Apa halangan dan cabaran dalam mendapatkan geran perniagaan?
- Apa kesakitan dan ketakutan dalam mendapatkan geran perniagaan?
- Apa harapan dan impian dalam mendapatkan geran perniagaan?
Saya cari letakkan kategori dan cari jawapan berulang untuk setiap satu soalan itu. Dalam artikel ini saya berikan ringkasan sahaja ya.
- Harapan – Geran adalah alat untuk grow dan scale bisnes.
- Halangan – Tidak faham proses dan persediaan geran
- Kesakitan – Tanpa bantuan, usahawan takut bisnes tidak berkembang.
Jadi luahan usahawan di atas memang saya dah pernah lihat sebab ianya merupakan salah satu jawapan usahawan dalam survey. Banyak perkara yang mereka luahkan tapi tidaklah dapat saya tulis semuanya. Mungkin di artikel lain.
Ada usahawan yang menganggap geran itu dapat duit cash. Dan kerajaan memang ada bagi pinjaman tanpa interest atau interest rendah untuk sebahagian dari program pembangunan usahawan. Jadi saya anggap ini berkenaan pendanaan la iaitu mendapatkan duit cash untuk di-inject dalam cashflow.
Jadi dari survey itu, saya hasilkan buku geran dan ini merupakan antara perancangan ke hadapan.
Perancangan Pertama: Ilmu
Menghasilkan buku yang mengandungi ilmu-ilmu mendapatkan geran sebagai persediaan usahawan mendapatkan geran.
Tanpa ilmu yang betul, kita akan terhantuk di dinding banyak kali juga. Al-Fatihah kepada rakan saya, Cikgu Masz yang banyak berkongsi ilmu untuk ditulis di dalam buku. Semoga pahala ini mengalir jua kepada beliau.
Perancangan Kedua: Website (Done)
Website ini untuk menyatakan keseriusan pasukan KUN dalam menjayakan misi. Website ini juga memainkan peranan dalam menyatakan maklumat-maklumat terkini, platform promosi untuk usahawan, coach, dan produk-produk KUN.
Selain itu, ianya juga menzahirkan kekuatan komuniti KUN supaya senang mendapat kerjasama dari pelbagai pihak lebih-lebih lagi pihak yang memberi dana.
Perancangan Ketiga: Komuniti
Dahulu saya selalu berfikiran, kita boleh berjaya walaupun berseorang dan tanpa bantuan. Jadi saya banyak duduk di belakang laptop sahaja. Mencipta sistem, menguruskan sistem. Boleh berjaya tapi lambat la. Kemudian saya bertukar cara dengan bisnes yang lain. Laju tapi tanpa sistem ianya boleh ranap. Jadi perlukan combination keduanya untuk ke hadapan.
Oleh sebab itu, saya prefer untuk bergerak secara berjemaah di dalam komuniti. Setiap orang mempunyai kekuatan masing-masing dan mari kita terjemahkan kekuatan itu dalam komuniti dengan saling membantu dan mengangkat satu sama lain.
Perancangan Keempat: Melantik Pengurus Komuniti (Done)
Semestinya untuk memastikan segala usaha-usaha konsisten, kena ada seorang yang menguruskan komuniti ini. Baru-baru ini kita telah melantik Tuan Shaiful sebagai Pengurus Komuniti. Jadi saya berharap kita dapat beri kerjasama dan sokongan kepada beliau untuk menguruskan komuniti ini.
Perancangan Kelima: Penciptaan software KUN (Membuka peluang)
Software ini merupakan platform kepada komuniti. Ianya berasaskan kepada 3 prinsip iaitu:
- Do it yourself (DIY)
- We guide you (WGY)
- We do it for you (DFY)
Saya tidak boleh bercerita panjang mengenai software ini kerana ianya masih dalam pembinaan. Tapi apa yang saya boleh beritahu kepada anda adalah dengan software ini anda akan dapat:
- Kenalpasti status pmks
- Mempunyai Laporan Persediaan Penilaian Dana.
- Mengetahui fasa anda – dimana anda berada sebelum anda betul-betul dapat menerima dana.
- Diberi CFO seorang satu supaya anda bijak mengatur kewangan syarikat sendiri.
- Diberi guidance dari Ai dan manusia (Coach). Oleh sebab itu saya tengah jalankan coach partnership program dimana saya kumpulkan coach untuk memberi kelas-kelas percuma kepada KUN dan sebagai imbal balik, ada beberapa kelebihan yang saya berikan kepada mereka. Semakin besar komuniti, semakin banyak coach yang kita perlukan supaya kelas kita berbagai. Hargailah mereka kerana mereka memberi ilmu secara percuma sahaja. Dari segi software KUN, jika anda bermasalah dalam apa jua bidang, coach-coach ini lah yang akan memberi nasihat di platform. Anda boleh continue dengan mereka diluar platform jika anda suka dengan cara mereka.
- Mempunyai barisan-barisan bisnes admin, hr, account, secretary company dan lain-lain yang akan memberi perkhidmatan kepada anda jika anda tidak tahu melakukannya. Jadi dokumentasi anda untuk mendapatkan dana akan lebih baik.
- Memohon terus geran dan pinjaman dari platform. Tiada lagi, saya tak tahulah ada geran atau loan ini. Ada AI dan notification untuk pastikan anda tahu ya.
- Ada investor yang anda boleh pitch untuk mendapatkan dana. Harapnya lagi kurang birokrasi dan cepat dapat dana.
Bermacam lagi ada tapi semua ini memerlukan sokongan anda untuk menjayakan. Jadi saya akan open beberapa waiting list dan jika berminat anda boleh sertai. Setiap penyertaan anda ini sebenarnya memberi semangat kepada saya dan pasukan kami.
Perancangan Keenam: Penciptaan OC Lite (Menguruskan bisnes)
Software ini dicipta untuk memastikan setiap bisnes lebih-lebih lagi mikro menguruskan bisnes secara bersistem, automatik, dan professional. Pemberi dana suka jika bisnes begini kerana ianya dapat diukur tahap perkembangan. Dokumentasi juga dapat dihasilkan secara automatik dan mengikut standard. Memudahkan proses permohonan dana kelak.
Apa yang ada dalam OC Lite?
Ianya merupakan Business Operating System yang mempunyai fungsi POS, CRM, Accounting, HR, Staff Portal dan Staff Attendance.
OC Lite cukup untuk memastikan anda bersistem. Jangan besarkan sales selagi anda tidak bersistem. Terlampau besar atau laju tanpa sistem yang mampan akan memeningkan kepala anda.
Sebab apa? Semuanya manual, data berselerak dan kerja serta keputusan sentiasa bergantung kepada anda, bukan staf. Pastikan anda dapat menguruskan bisnes lagaknya professional walaupun masih kecil bersama OC Lite. OC Lite launching bulan 4 ini. Isikan segera waiting list tu.
Perancangan Ketujuh: Rahsia. (Melancarkan dan segerakan aktivit, datai dan keputusan bisnes)
Bayangkan anda dapat PA yang boleh bantu anda:
- Tahu status bisnes berdasarkan data live anda.
- Membuat dan memberi dokumen sepantas 30 saat
- Memberi nasihat, strategi dalam menyelesaikan masalah.
Dan part yang paling best, anda tak perlu buka software pun untuk contact dengan PA ini. Tak sabar saya nak reveal lebih banyak kepada anda tapi yang pasti, ini untuk pengguna OC Lite dan software KUN.
Perancangan Kelapan: Growth Series & Program Transformasi Mikro ke Kecil.
Modul ini saya hasilkan dan saya sendiri yang akan mengajar. Ia mengandungi ilmu-ilmu yang saya gunakan untuk membantu syarikat membesar. Dibahagikan kepada 4 chapter besar:
- Growth Mindset
- Ecosystem Mathematic
- Minimum Viable Playbook
- Report, auditing, monitoring.
Dalam tahun ini saya akan cuba tulis dan hasilkan buku disamping mengajar kepada yang serius untuk belajar. Ilmu ini percuma sebagai amal jariah saya kepada pengguna OCLite, KUN dan CRM sebab bagi saya, mereka serius nak bersama dalam komuniti dan grow bisnes sekali.
Saya tidaklah pandai sangat tetapi adalah ilmu sedikit boleh dikongsi bersama. Jadi saya jemput sesiapa yang boleh berkongsi ilmu untuk turut serta dalam mendidik rakan-rakan usahawan yang lain.
Modul ini memang tak boleh kelas sekali dua, saya rasa berbulan-bulan baru akan habis sebab saya suka ajar, dan buat praktikal-nya terus supaya boleh lihat result. Saya bayangkan saya akan keletihan tapi semoga Allah memberi kekuatan dan memberkati usaha ini, insya Allah.
Perancangan Kesembilan: AI CRM (Menghasilkan kualiti sales)
Bayangkan jika anda tukang masak dan buka kedai makan asbab anda suka memasak, anda hanya perlu pandai memasak dan make sure makanan sedap sahaja. Dari mula prospek masuk sehingga jadi pelanggan dan kemudiaan pelanggan berulang, semuanya diuruskan melalui oleh AI dan Automation. Hidup nampak indah bukan? Base pelanggan anda sentiasa bertambah kerana anda dah take care satu perkara iaitu follow up dan hidupkan database. Ini lagi murah dan kos effective dari mencari pelanggan. Untuk bisnes yang mempunyai workflow kompleks dan pasukan jualan, CRM ini akan membantu anda qualify, follow up dan nurturing prospek dan pelanggan secara automatik. Ini lagi sustain dari setiap bulan bakar duit banyak untuk buat marketing. Bukan tak perlu tapi kita kena effective la kan?
Perancangan Kesepuluh: Networking
Pihak kami bergiat aktif memungkin hubungan terjalin antara pihak-pihak yang berkepentingan untuk komuniti kita lebih-lebih lagi pemberi dana. Bergerak begini membolehkan pihak-pihak berkenaan memberi kerjasama dan kelebihan yang lebih baik kepada kita daripada berseorangan.
Pintu KUN dibuka sepanjang tahun.
Bagi yang tidak tahu, komuniti kita mempunyai alamat iaitu di V2Space, Bangi. Anda boleh datang buat kerja disini, meeting dan event. Ofcourselah akan ada bayarannya tapi KUN kan special untuk saya, jadi harganya memang berpatutan lah. Datang kerja sehari pakai wifi, ada coffee tea, parking free, ada surau, ada aircond tahu bayarannya berapa untuk ahli KUN? RM7 sahaja. No brainer. Sewa office lagi mahal. Datang sambil kerja, kita boleh bernetworking dan bertukar pandangan.
Saya juga membuka pintu untuk sesiapa sahaja yang ingin berjumpa dan bercerita. Saya boleh bagi consult setakat yang saya tahu. Tak adalah pandai sangat, tapi boleh la kalau nak bagi ceramah 3 jam pasal marketing, sales dan sistem.
Saya menjemput sesiapa yang ingin bekerjasama dalam komuniti. Seperti yang saya beritahu di atas, kejayaan movement ini bergantung kepada penglibatan banyak pihak dan salah satunya adalah anda. Mari sertai perjuangan ini!
“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling memberikan manfaat bagi manusia” (HR. Thabrani)